Polis Ini Cuba Gunakan Kekerasan.. Beberapa Kali Mengangkat Senapang, Buka Butang Baju Ajak GADUH..!!


Polis Ini Cuba Gunakan Kekerasan.. Beberapa Kali Mengangkat Senapang, Buka Butang Baju Ajak GADUH..!!

Menerusi Facebook Nik Aziz Afiq;

Sukarkah melayan saya sebagai manusia?

Hari ini program berakhir jam 2.30 pagi. Baru sahaja bersalam-salaman untuk beredar dari ibupejabat PSM sebuah kereta peronda polis berhenti sebelah kami.

"Minta ic lesen"

Kami bertiga keluarkan dan beri. Kemudian saya bertanya perlukah saya keluarkan lesen?

"Kau nak mengajar aku ke?"

"Bukan saya bertanya pada Tuan perlukah?"

Kemudian kami harungi 20 minit tengking, maki hamun dengan suara tinggi, ugutan untuk pukul.

Paling biadap bila janggut saya dipersoalkan disamping umur dan beberapa perkara lain semasa seorang lagi anggota merekod butiran dari ic.

Katanya saya kurang ajar dan saya perlu diajar. Saya minta dia buktikan apa contoh kurang ajar tersebut? Saya tidak tinggikan suara malah menbahasakan diri dia sebagai tuan.

Beliau gagal bagi contoh.

Provokasi berterusan dengan cubaan untuk kekerasan. Beberapa kali mengangkat-angkat senapang yang digendong. Saya bagitau saya tidak bergaduh dengan polis. Beliau tiba-tiba ingin membuka butang baju kerana ingin bergaduh sebagai "orang biasa".

Peristiwa makin syok bila beliau memaklumkan saya perlu dibawa ke balai untuk proses dokumentasi. Saya meminta no polis beliau (beliau tak memakai no mengatakan no tersebut tidak dipakai semasa bertugas).

Beberapa komrad berunding membincangkan implikasi dengan mereka namun mereka terus bertegas mahukan saya dibawa ke balai.

Kali ini kesabaran memang tipis. Saya persoalkan bawah akta dan kesalahan mana saya perlu dibawa ke balai.

Mereka gagal sebut.

Mereka hanya sebut untuk dokumentasi.

Saya bertanya kembali dokumentasi bawah akta apa?

Mereka tak boleh jawab namun mengugut jika tidak ikut maka mereka akan gari saya.

Saya bagitau saya tidak akan berganjak dan ikut mereka selagi tidak ada sebarang kesalahan dan akta undang-undang dibaca.

Keadaan kemudian bertukar "ceria". Saling bermaafan dan katanya penat bekerja menyebabkan stress dan berlaku salah faham. Kita lupakan disini. Itu selepas dirunding secara halus oleh otai Timbalan Setiausaha Agung yang bermalam di pejabat malam ini.

Mungkin kerana kami muda maka cubaan buli seperti ini dilakukan. Bila kena sound dengan otai reti pun nak gelak-gelak. Salam siap berpeluk.

"Maaflah sebab kami ingat orang nak pecah kedai tadi sebab kawasan nie banyak jenayah. Tak apa kalau ada masalah lepas nie kita jumpa lagi sebab memang kami ronda kawasan sini" cubaan mereka beramas mesra.

Saya kesian. Setiap kali saya berjumpa dengan orang yang kurang adab, kuat menengking dan maki hamun saya jadi sedih. Apakah tinggi suara itu menyelesaikan apa-apa masalah?

Apakah hormat dan penghargaan itu cuba diperoleh menggunakan jawatan dan kuasa?

Sampai beriya-riya nak menghina janggut saya macamlah kita tak pernah berdepan dengan provokasi polis sebelum ini. Semua tu saya lihat dengan penuh keanak-anakkan (saya bekerja dengan kanak-kanak setiap hari maka saya pandai menilai telatah kanak-kanak). Sangat meraih perhatian dan kasih sayang macam budak-budak merajuk hempas kaki.

Please la. Rakyat makin celik dan tau undang-undang. Layan kami elok maka kami pasti lebih elok layanannya.

Oleh kerana pangkat rendah dan nampak masih baru bekerja maka saya censoredkan no plat kereta. Jika didedahkan maka saya khuatir apa-apa berlaku pada kerja mereka. Cuma sekadar peringatan buat semua yang membaca, layanlah orang lain sepertimana anda mahu dilayan.

Jika mahukan orang sekeliling sayangi anda maka sayangilah orang sekeliling.

Begitu juga dalam aspek hormat dan penghargaan.

Saya tidak ada masalah untuk bekerjasama. Asalkan jangan cuba membuli. Gagal membaca dan menjelaskan undang-undang hanya akan membuatkan anda kelihatan tidak pandai dan dilihat terdesak.
Share on Google Plus

About Admin

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan